Saturday 28 January 2012

keadaan langit pelik di pesisir pasir putih putatan sabah



Fenomena yg agak luar biasa terjadi.... Salah 1 bukti kekuasaan Allah kepada hambanya dan seluruh umat Nabi Adam....
Setiap yg terjadi ada tersirat dan tersuratnya...... Subhanallah....

Friday 27 January 2012

3 GOLONGAN YANG DIBICARAKAN

1)  Golongan pertama yg dipanggil ialah seorang yg alim, lalu ditanyakan padanya :
     "Apakah yg engkau amalkan di dalam kehidupan di dunia dahulu?" lalu dia menjawab,"aku menuntut ilmu    
     dan aku diberi ilmu olehMu, wahai Tuhanku,dan aku sebarkan ilmu itu kepada owng ramai."
     Padahal dia tidak menyebarkan ilmu itu dengan ikhlas, lalu Allah SWT mendedahkan, "kamu belajar ilmu
     dan mendedahkannya supaya dikatakan orang bahawa kamu alim tetapi bukan kerana aku."

2)  Golongan kedua yg dipanggil ialah seorang yang kaya kemudian ia ditanya," apakah amalan kamu apabila di
     dunia lalu??"
     Mereka menjawab, "Wahai Tuhanku,aku bekerja bertungkus-lumus,aku diberi rezeki kekayaanMu,aku
     memberi sumbangan derma."
     Lalu Allah menempelak : "Engkau bohong! Memang betul engkau memberi sumbangan,tetapi dengan
     sumbangan itu supaya engkau dikatakan orang bahawa seorang yg pemurah dan bukan kerana Aku."

3)  Golongan yg ketiga yg dipanggil ialah seorang yg berjihad. Mereka ditanya oleh Allah, "apakah yg dia
     lakukan di dunia dahulu??"
     Dia menjawab,"Wahai Tuhanku, di dunia dahulu aku berjihad untuk menegakkan agamamu."
     Lalu Allah berfirman  : "Betul engkau berjihad,tapi bukan kerana Aku.Engkau berjihad supaya dikatakan
     orang bahawa engkau seorang yg berani."

Lalu ketiga-tiga amalan 3 golongan ini ditolak oleh Allah dan mereka diseret ke dalam neraka.

Konklusinya, setiap perbuatan yg dtg hanya dari hati yg ikhlas sahaja akan mendapat ganjaran pahala daripadaNya. Jika sebaliknya, neraka lah tempatnya.

DOA AWAL TAHUN

Segala puji bg Allah, Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.....

"Ya Allah,Engkaulah yg kekal abadi unt selama-lamanya. Demi kelebihanMu yg Maha Agung dan kemurahanMu yg melimpah, sesungguhnya pd tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yg direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yg sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yg tidak berfaedah drpd mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekalian alam..... Amin.....


(P/S :- waktu membacanya.....Dibaca 3 kali setelah masuk waktu Magrib pd mlm 1 Muharram. Sesiapa yg membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pd tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah Syaitan."...
So,,,kowang amal2 kan tau... :)

POHON KAYU MERENGEK

Daripada Hadis Anas b. Malik r.a katanya : 'Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW berdiri pada hari Jumaat lalu menyandarkan belakangnya pada tunggul pohon kurma di masjid nabi. Nabi berkhutbah kpd manusia. Selepas itu seorang lelaki drpd Rome berkata,"adakah kamu hendak aku membuatkan mimbar yang membolehkan kamu duduk disitu dan ia seumpama kamu berdiri?"
Lalu lelaki itu membuat mimbar yg ada 2 anak tangga dan duduk di tingkat yg ketiga.. Apabila nabi duduk di atas mimbar, pokok menguak seperti lembu menguak sehingga bergema masjid. Suara ini kerana sedih Rasullah akan meninggalkan nya. Lalu Rasullah turun dari mimbar dan memeluknya dalam keadaan pokok itu menguak. Ia pun diam setelah dipeluk oleh Nabi SAW.

Kemudian Nabi SAW bersabda :-
"Demi Tuhan yg mana diri Muhammad berada dalam kekuasaannya, kalau aku tidak mendakapnya nescaya ia akan berbunyi sebegini sehinggalah terhadap Rasullah SAW." (H.R Bukhari - Sahih) 
Hasan Al Basri akan menangis setiap kali beliau meriwayatkan hadis ini. 

"Kayu merengek kpd Rasullah SAW kerana rindukan Rasullah SAW disebabkan kedudukan Baginda SAW. Kamu lebih patut merindui untuk bertemu Rasullah SAW". 



(p/s: kita sebagai manusia yg beriman seharusnya mengingati Rasullah SAW sentiasa. Mereka yg menyintai Rasullah SAW selepas menyintai Allah SAW, dan cintanya melebihi cintanya terhadap ibu bapanya saudara dan dirinya sendri, maka ganjaran besar sedang menanti..... )