Friday 27 January 2012

POHON KAYU MERENGEK

Daripada Hadis Anas b. Malik r.a katanya : 'Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW berdiri pada hari Jumaat lalu menyandarkan belakangnya pada tunggul pohon kurma di masjid nabi. Nabi berkhutbah kpd manusia. Selepas itu seorang lelaki drpd Rome berkata,"adakah kamu hendak aku membuatkan mimbar yang membolehkan kamu duduk disitu dan ia seumpama kamu berdiri?"
Lalu lelaki itu membuat mimbar yg ada 2 anak tangga dan duduk di tingkat yg ketiga.. Apabila nabi duduk di atas mimbar, pokok menguak seperti lembu menguak sehingga bergema masjid. Suara ini kerana sedih Rasullah akan meninggalkan nya. Lalu Rasullah turun dari mimbar dan memeluknya dalam keadaan pokok itu menguak. Ia pun diam setelah dipeluk oleh Nabi SAW.

Kemudian Nabi SAW bersabda :-
"Demi Tuhan yg mana diri Muhammad berada dalam kekuasaannya, kalau aku tidak mendakapnya nescaya ia akan berbunyi sebegini sehinggalah terhadap Rasullah SAW." (H.R Bukhari - Sahih) 
Hasan Al Basri akan menangis setiap kali beliau meriwayatkan hadis ini. 

"Kayu merengek kpd Rasullah SAW kerana rindukan Rasullah SAW disebabkan kedudukan Baginda SAW. Kamu lebih patut merindui untuk bertemu Rasullah SAW". 



(p/s: kita sebagai manusia yg beriman seharusnya mengingati Rasullah SAW sentiasa. Mereka yg menyintai Rasullah SAW selepas menyintai Allah SAW, dan cintanya melebihi cintanya terhadap ibu bapanya saudara dan dirinya sendri, maka ganjaran besar sedang menanti..... ) 

No comments: