Friday 27 January 2012

3 GOLONGAN YANG DIBICARAKAN

1)  Golongan pertama yg dipanggil ialah seorang yg alim, lalu ditanyakan padanya :
     "Apakah yg engkau amalkan di dalam kehidupan di dunia dahulu?" lalu dia menjawab,"aku menuntut ilmu    
     dan aku diberi ilmu olehMu, wahai Tuhanku,dan aku sebarkan ilmu itu kepada owng ramai."
     Padahal dia tidak menyebarkan ilmu itu dengan ikhlas, lalu Allah SWT mendedahkan, "kamu belajar ilmu
     dan mendedahkannya supaya dikatakan orang bahawa kamu alim tetapi bukan kerana aku."

2)  Golongan kedua yg dipanggil ialah seorang yang kaya kemudian ia ditanya," apakah amalan kamu apabila di
     dunia lalu??"
     Mereka menjawab, "Wahai Tuhanku,aku bekerja bertungkus-lumus,aku diberi rezeki kekayaanMu,aku
     memberi sumbangan derma."
     Lalu Allah menempelak : "Engkau bohong! Memang betul engkau memberi sumbangan,tetapi dengan
     sumbangan itu supaya engkau dikatakan orang bahawa seorang yg pemurah dan bukan kerana Aku."

3)  Golongan yg ketiga yg dipanggil ialah seorang yg berjihad. Mereka ditanya oleh Allah, "apakah yg dia
     lakukan di dunia dahulu??"
     Dia menjawab,"Wahai Tuhanku, di dunia dahulu aku berjihad untuk menegakkan agamamu."
     Lalu Allah berfirman  : "Betul engkau berjihad,tapi bukan kerana Aku.Engkau berjihad supaya dikatakan
     orang bahawa engkau seorang yg berani."

Lalu ketiga-tiga amalan 3 golongan ini ditolak oleh Allah dan mereka diseret ke dalam neraka.

Konklusinya, setiap perbuatan yg dtg hanya dari hati yg ikhlas sahaja akan mendapat ganjaran pahala daripadaNya. Jika sebaliknya, neraka lah tempatnya.

No comments: